Pages

Sunday, July 11, 2010

Mencari ‘Hikmah’ Wanita Berhijab Disekat Bekerja



salam ukhuwwah semua... ana tertarik dengan satu chapter dalam buku
"Secangkir Teh Pengubat Letih", hasil karangan Hasrizal Abdul Jamil... dan bagi ana, buah fikiran beliau ini kadang kala membuat ana termenung sendiri memikirkan akan ke"bernasan"nya itu...em... seeloknya, sahabat2 sekalian meneliti sendiri akan isu dan apa yang cuba disampaikan oleh penulisnya dalam bukunya ini...

Mencari ‘Hikmah’ Wanita Berhijab Disekat Bekerja


Salah satu isu yang menarik fikiran saya untuk dianalisa adalah masalah yang dihadapi oleh saudari muslimat berhijab kita di Turki. Selepas kebangkitan suara Islam di pertengahan 90an, pihak berkuasa Turki terutamanya kuasa tentera, telah mengambil pendekatan yang amat keras ke arah menekan umat Islam di sana. Salah satu daripada strategi yang mereka lakukan adalah dengan memencilkan hijab dari masyarakat. Perempuan berhijab tidak dibenarkan masuk ke bangunan-bangunan rasmi seperti pejabat-pejabat kerajaan, universiti, sekolah dan sebagainya.

Sememangnya satu dunia tahu tentang kisah yang menimpa Gul Aslan, MP Kavakci dan lain-lain. Mereka menghadapi tribulasi besar-besaran sehingga mengundang cela siksa dipenjarakan oleh regim Sekular di Turki, malah Kavakci hilang kerakyatan. Saya masih ingat kepada demonstrasi yang diadakan di Beyazit, Istanbul oleh pelajar-pelajar universiti berhubung dengan larangan pelajar bertudung masuk ke kawasan kampus untuk menduduki peperiksaan. Bayangkan, ada di antara mereka telah enam tahun bertungkus lumus menyempurnakan pengajian di bidang perubatan, tiba-tiba sehari itu sahaja mereka ditegah dari masuk ke universiti untuk menyelesaikan peperiksaan terakhir. Mereka terpaksa memilih di antara hijab dan perintah Allah itu, dengan segulung ijazah bekalan hidup.

Saya lihat bagaimana abang kepada seorang pelajar perempuan yang berdemonstrasi itu merentap tudung adiknya supaya dia dapat menduduki peperiksaan. Berlakulah pergaduhan yang amat menyayat hati itu. Kanal Yedi (Channel 7) yang menyiarkan hal itu saya tutup kerana hati ini rasa amat terguris dan dayus kerana tidak dapat berbuat apa-apa. Saya juga rasa kaget melihat pelajar muslimat memakai snow cap dan membalut kepala dan leher dengan mafla bagi menggantikan hijab supaya mereka boleh melepasi sekuriti di pagar kawasan kampus. Isteri salah seorang sahabat saya yang bekerja sebagai guru sekolah rendah, berlari-lari masuk ke dalam kelas seawal 6: 15 pagi untuk mengelak dari dilihat oleh pihak berkuasa dan duduk di dalam kelas sehing ga masa persekolahan selesai, lalu pulang ke rumah seperti seorang pencuri, ketakutan dan kalut. Semata-mata kerana hijab yang membalut Iman dan Islamnya.
Banyak lagi catatan yang boleh dikongsi bersama, namun bukanlah itu isu yang hendak saya ketengahkan kali ini.

Baru-baru ini saya berpeluang ke Turki sekali lagi untuk menziarahi keluarga angkat dan kawan-kawan. Kali ini lawatan saya agak berbeza kerana saya sendiri membawa isteri dan anak manakala sahabat-sahabat seperjuangan juga semuanya telah berkeluarga. Tentunya perbualan kami kali ini sedikit berbeza.
Namun di dalam kelainan kesan perjalanan masa itu, masih ada suatu persamaan yang terus berlaku kepada senda gurau dan perbualan kami.

Apabila kami menyentuh soal tekanan ke atas umat Islam di Turki, lazimnya ia berakhir dengan sepi sejenak, masing-masing merenung lantai dan mengesat air mata sebelum melepaskan nafas dalam yang men yesakkan dada. Terdiam, tergamam dan hanya pada Allah sahaja, perasaan yang bercampur aduk itu disandarkan.
Semua sahabat saya mengalami nasib yang sama. Mereka menceburi bidang perniagaan walaupun tanpa minat dan menyanggah kecenderungan. Ini adalah gara-gara


pelbagai sekatan yang dikenakan oleh kerajaan demi memastikan graduan Ilahiyat (Pengajian Islam atau Teologi Ketuhanan) terseksa hidup, bukan sahaja semasa di fakulti semasa belajar, malah sepanjang hayat selagi nyawa dikandung badan. Tiada kerja yang boleh dipohon, sekolah-sekolah Tahfiz dan Imam Hatip ditutup, manakala jawatan-jawatan lain, sudah sampai ke peringkat mustahil untuk diperolehi. Namun, hidup mesti diteruskan, mereka menceburi perniagaan demi mencari rezeki yang halal dan Alhamdulillah, nampaknya masing-masing mempunyai kehidupan yang bolehlah dikatakan baik.

Walau bagaimana pun, suatu yang pasti, isteri masing-masing semuanya tidak bekerja. Semuanya kerana hijab. Melalui isteri saya, cerita-cerita yang didengari melalui circle kaum ibu itu memang menyedihkan. Bayangkan, selepas bertahun-tahun mengejar ijazah sehingga beroleh kelayakan sebagai peguam, akauntan, graduan Pengajian Islam dan sebagainya, semuanya berakhir di rumah. Kebetulan pula rakan-rakan saya ini kebanyakannya berkahwin dengan classmates semasa di universiti. Maka kehadiran saya menjadi sebab untuk mereka semua kembali berkumpul. Maka para isteri juga ditemukan kembali. Walaupun gembira, namun cerita-cerita sedih ini jugalah yang mendominasi perbualan. Mereka tidak dapat menerima hakikat isteri saya bekerja sebagai seorang doktor di Ireland dengan penuh kebebasan terhadap tudung yang dipakai. Bagaimana kebebasan itu ada di Ireland tetapi tidak di bumi Khilafah ini!
Tetapi saya cuba mencari the bright side of the story. Mungkin kaum wanita ramai yang tidak bersetuju dengan analisa saya terhadap fenomena ini. Namun saya cuba bersikap adil dan mengharapkan agar hal ini boleh mencelikkan pandangan kita semua yang terperangkap di dalam gaya hidup seperti hari ini.

Sejarah memperlihatkan bagaimana umat Islam cemerlang, gemilang dan terbilang ketika kaum wanitanya berada di rumah. Mungkin tiada statistik yang boleh saya kemukakan untuk menyokong dakwaan ini, tetapi sekurang-kurangnya strategi Ataturk ketika merancang kemusnahan Khilafah Othmaniyyah boleh dijadikan kayu ukur. Ataturk menyedari bahawa di antara unsur kekuatan pegangan umat Islam ialah pada kedudukan wanitanya. Masyarakat boleh diubah dengan mengubah wanita. Wanita memelihara rumah tangga, anak-anak dan suami. Institusi keluarga ini menjadi benteng pertahanan umat ketika berhadapan dengan proses pembaratan budaya dan cara hidup di kala itu.

Kerana itulah, Ataturk telah menyusun strateginya yang tersendiri. Atas nama hak sama rata antara lelaki dan wanita, Ataturk menggalakkan wanita bekerja, bermusafir keluar meninggalkan rumah, malah diberikan tempat di kerusi-kerusi parlimen. Bagi mereka yang dahagakan ‘kemajuan’ mereka melihat usaha Ataturk ini sebagai usaha pemodenan yang wajar disyukuri. Namun, strategi Ataturk berjaya. Institusi keluarga mula retak.

Lihat sahaja di dalam masyarakat kita. Kesan daripada wanita bekerja, telah menimbulkan pelbagai masalah di dalam masyarakat. Penjagaan anak-anak terpaksa diserahkan kepada pembantu rumah dan pusat penjagaan kanak-kanak. Lantas mereka terbentuk mengikut sifat pembantu rumah dan pusat berkenaan. Amat mendukacitakan, ada di antara umat Islam yang anak-anaknya dijaga, diberi makan dan dididik oleh pembantu rumah yang menyembah berhala dan ahli syirik. Bagaimana pula dengan hukum Islam yang melarang khalwat? Jika isteri belum pulang bekerja, suami duduk di rumah bersama anak-anak dan wanita bukan mahram yang menjadi pembantu rumah. Tidak sedikit kes-kes fahsya’ dan mungkar yang berlaku akibat situasi seperti ini. Begitu juga, anak-anak renggang dari ibu dan bapa, kasih sayang tidak sekukuh generasi lalu. Lantas bertambah-tambahlah ibu yang melahirkan bosnya sendiri sebagaimana yang diisyaratkan oleh Nabi SAW sebagai tanda kiamat di dalam Hadith Jibril yang masyhur itu. Kemunculan career women juga semakin bertambah. Mereka mengutamakan karier dan tidak berkahwin selepas mencecah usia lanjut. Semua ini menjadi barah stage 3 di dalam masyarakat.

Al-Marhum Said Hawwa telah mengulas berhubung dengan hal ini di dalam kitabnya al-Islam. Beliau menegaskan bahawa Uqubat Fithriyyah (balasan / hukuman fitrah) daripada wanita meninggalkan peranan mereka di rumah dan keluar bekerja, meliputi:
1. Kecelaruan hubungan di antara lelaki dan perempuan serta hilangnya ketenangan dan kesejahteraan. Anak-anak tidak dapat mengecapi penjagaan oleh ibu bapanya dengan sempurna.
2. Perempuan hilang rasa kebergantungan kepada suaminya dan ia menjadi ancaman yang besar kepada hubungan perkahwinan mereka.
3. Wanita itu telah menolak tanggungjawab nafkah orang lain ke atas dirinya. Akibatnya, selepas mencapai usia tua dan uzur, wanita itu masih perlu bekerja seperti lelaki walaupun fizikalnya sudah tidak mengizinkan.
4. Wanita kehilangan sifat-sifat kewanitaan yang dikhususkan kepadanya. Natijahnya, wanita itu sudah tidak lagi sesuai untuk memikul tanggungjawab asasinya seperti mengandung anak.
5. Keretakan hubungan kekeluargaan berkembang menjadi krisis di dalam masyarakat.
6. Ibu bapa yang baik tidak dapat mewariskan sifat-sifat mereka yang baik kepada anak-anak bahkan hubungan kasih sayang juga terjejas.

Kerana itulah Allah SWT menegaskan di dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud, “dan tetapkanlah kedudukan kamu (wanita) di rumah dan janganlah sekali-kali kamu bertabarruj dengan tabarruj jahiliah yang pertama”.

Akan tetapi, untuk memujuk kaum wanita kembali ke rumah memainkan peranan mereka yang maha besar dan penting itu, bukanlah suatu yang mudah. Selain daripada terperangkapnya kita di dalam corak kehidupan sedemikian rupa, permintaan itu mungkin akan diperangi oleh pelbagai pertubuhan yang ditubuh dengan matlamat ‘menjaga hak-hak wanita’. Mungkin dengan penindasan dan suasana maha terpaksa sahajalah corak kehidupan seperti itu boleh berubah. Maka pada pandangan saya, apa yang berlaku di Turki mungkin amat besar hikmahnya.
Akibat tekanan yang amat besar, muslimat yang mulia pekerti itu terpaksa akur untuk tidak bekerja demi hijab dan agama. Lantas mereka hanya menjadi surirumah sepenuh masa menjaga anak-anak. Jika situasi seperti ini distrategi dengan baik, saya melihat ia sebagai suatu perubahan yang positif di dalam masyarakat. Wanita kembali kepada fitrah mereka. Bayangkan, anak-anak ini dididik oleh wanita berpendidikan tinggi dan berjiwa besar. Sudah tentu generasi yang lahir adalah lebih baik dan berkualiti berbanding dengan generasi belaian tangan pembantu rumah. Kita mengimpikan pendidikan yang baik untuk anak-anak. Jika situasi seperti ini boleh di’manfaat’kan oleh kita semua, mungkin usaha menyediakan pendidikan alternatif seperti home schooling boleh dijayakan dengan begitu baik sekali. Lihat sahaja usaha gigih masyarakat Muslim minoriti di Amerika Syarikat membangunkan sistem pendidikan Islam di sana. Mereka sudah berjaya sampai ke tahap mampu mengemukakan konsep home schooling sebagai pendidikan formal anak-anak yang diiktiraf Silibus Nasional negara. Halaman web www.muslimhomeschool.com wajar diteliti oleh kita semua.

Hal inilah yang saya sampaikan kepada isteri sahabat-sahabat saya di Turki. Berhentilah daripada meratapi nasib ini. Untuk jangka pendek ia mungkin suatu penindasan. Namun jika dilihat kepada masa depan, saya percaya bahawa perbuatan regim sekular menyekat kerja golongan Pengajian Islam dan wanita bertudung ini, akan menjadi suatu strategi yang mereka kesali. Penantian kita tidak lama, Insya Allah. Iaitu untuk suatu jangka masa yang dekat. Bak kata pepatah Turki “Her gelecek yakindir!” yang bermaksud ‘setiap suatu yang mendatang itu, adalah hampir’.

Semoga kemenangan Islam disegerakan Alllah. Dalam masa yang sama saya berdoa semoga anak-anak saya terselamat dari fitnah kehidupan hari ini. Semoga rumahtangga saya dipelihara Allah ketika ia menjadi pondok kecil yang dirempuh badai metropolitan Kuala Lumpur yang menggila. Titisan air mata dan renungan terpaku ke lantai, akhirnya berubah menjadi dongak dagu kami ke langit dengan senyuman penuh makna… Beruntunglah mereka yang wanitanya berjaya mempertahankan fitrah.
Maafkan saya jika anda fikir analisa ini kolot dan ketinggalan zaman….

ABU SAIF
Cheras, Kuala Lumpur
24 Syawal 1425 / 6 Disember 2004

6 comments:

md_saf said...

salam ukhuwah...blog walking..sini

Zul Uqul said...

ya, membuka minda

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Emma Williams said...

Are you facing withdrawal errors in your Binance account? There could be reasons like network connectivity behind such errors. To deal with such errors you can dial Binance Login Failed 1800-665-6722 and get instant solutions from the experts. The experts will provide outstanding solutions and remedies. They can even explain every remedy and technique in plain-sailing and detailed manner. They feel happy and privileged to assist you, so contact them to get your issues fixed in no time in flawless manner.

Emma Williams said...

Unable to create an account on Binance Exchange. Unable to create an account on Binance Exchange. Are you facing problems while creating an account on Binance exchange? Are you looking out for the remedies to fix this issue so that you hassle-free and swiftly can create your account? If yes, stop pondering for the ideas and dial Binance Support Phone Number and get plenty of ways from the professionals who are always there to guide you at every step on your one call without any obligations.

Blockchain Support Number said...

Is there any inconvenience happens when you associate with the server? Is your Blockchain account quit working when you experience server issues? To manage such mistakes about which you have no clue, you are encouraged to address the experts and get the best cures in brief term. Dial Blockchain Support Phone Number and benefit the most open answer for eradicate every one of the mistakes that are very annoying you and devours your time. Contact them and offer your inquiries with the goal that they can give out of the container arrangements.

Post a Comment

 
Copyright 2010 Clash Between Two Ways??. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase